Wednesday 18 January 2017

Kuasa Oxy Cover, Oxy Ultimate Cleanser dan Nivea MakeUp Clear Hydration

Hai peeps! I'm back untuk entri ke-4 bulan ni. Sebenarnya aku baru je habis siapkan manuskrip novel. Tak tahulah bila dapat good news. So sementara tunggu khabar dari seberang, aku kena update something untuk blog aku. Maka dengan rasa rendah dirinya aku pinjam kuasa internet kat opis. 

Entri kali ni berkenaan dengan kesihatan kulit. Seperti yang aku ceritakan dalam entri yang sebelumnya, aku berdepan dengan masalah jerawat selepas bertukar produk. Dan aku guna Oxy Acne Wash untuk selesaikan masalah. Now aku nak recommend satu lagi produk kesihatan kulit yang aku tengah guna sekarang. Setakat ni, tahap kesihatan kulit aku semakin baik.

Image result for oxy acne cream
credits: ebay

Oxy Cover

Produk Oxy Cover ni ialah krim rawatan acne yang merawat, membunuh bakteria dan mengecutkan jerawat. Setiap kali jerawat nak muncul atau nak burst out, aku guna Oxy Cover untuk kempiskan gunung jerawat jadi dataran rata. Produk ni sesuai digunakan pada sebelah malam, kesan boleh nampak keesokan harinya. 

The best part, cream ni sama kaler dengan warna kulit so aku boleh apply+cover jerawat bila keluar dari rumah.


Related image
credits: eshop tesco

Nivea MakeUp Clear Hydration

Antara produk untuk mengekalkan 'dataran rata' di muka aku, Nivea MakeUp Clear Hydration ialah produk yang aku baru cuba. Belum sampai sebulan tapi aku dah nampak kesan yang baik. Apa yang menarik pasal produk ni ialah aku cuci muka macam biasa. Selain bersihkan sisa mekap di muka, produk ni boleh bersihkan kesan kotoran yang lain seperti kesan minyak, debu et cetera. 

Dalam masa yang sama, produk ni bertindak sebagai toner. Jadi setiap kali aku bersihkan mekap guna produk ni, kulit muka terasa lembut dan ringan.





Oxy Ultimate Cleanser

Image result for oxy ultimate cleanser
credits: rohto mentholatum

Selepas menggunakan Oxy Acne Wash, sekarang aku try Oxy Ultimate Cleanser untuk menyembuhkan masalah jerawat. Kalau korang tanya beza antara Oxy Acne Wash dan Oxy Ultimate Cleanser, kelebihan Oxy Ultimate Cleanser sesuai untuk kulit lesu dan berminyak. Setiap kali cuci muka, muka aku jadi extra segar berangin (sebab ada menthol dalam produk ni). Seolah-olah kulit muka aku makan gula-gula pedas. Secara tidak langsung, aku berjaya menghalang jerawat aku setiap kali jerawat memasang nawaitu untuk berkembang maju. 

Sekarang, bilangan jerawat aku tak banyak, tinggal 3 bijik. Yang lain semuanya parut2 kecik, dalam proses blurring.






@themagi2017

No comments:

Post a Comment