Sunday 22 May 2016

Latar Belakang Pahlawan Keling

Salam Mei, hari yang ke-22 dalam bulan 5. Ketika rakan seperjuangan aku tengah sibuk berkursus, aku sibuk mengadap blog dan tepis-tepis debu yang berniat nak buat sarang. Itulah aku, yang tengah serabut dengan gangguan. Tolonglah gangguan, jangan serabutkan kepala otak aku. Aku nak mengarang nih!

Okey, back to the main story. Hari ini, aku nak buat sedikit entri tentang latar belakang pahlawan Iban yang sangat terkenal iaitu Keling. Hari Gawai tak lama lagi, pasti ada pesta Kumang Gawai dan Keling Gawai. Tapi berapa ramai yang tahu pasal Keling dan Kumang? Sebelum ini, ada pengarah dari KL berminat nak tahu pasal kisah Keling. Malangnya, aku tak dapat nak tolong banyak dan aku cuma mampu bagi info yang ala kadar. Kemudian, masa aku pergi jalan-jalan di Carpenter Street (Kuchingites mesti tahu tempat ni), aku masuk satu kedai buku lama dan aku terjumpa satu buku terbitan Fajar Bakti tahun 1991. Tak disangka-sangka, buku itu bertajuk Keling of the Raised World, hasil tulisan Jimmy Donald. Buku itu merupakan usaha Jimmy Donald membukukan kisah Keling yang biasanya disampaikan dalam bentuk lisan.

Sekarang, kita beralih kepada latar belakang Keling (hasil pembacaan buku Keling of the Raised World)

Nama: Keling
Gelaran: Si Raja Berani
Nama samaran: Sebungkok

Tunangan
1) Kumang (ikatan pertunangan terputus akibat fitnah Makcik Sampan)
2) Lulong (dijodohkan oleh ibu Ngelai, kawan Keling ketika Keling menyamar sebagai Sebungkok yang bermuka tua)

Nama bapa
Jemuring Gading (KetuaWilayah Panggau Libau)- mati dibunuh oleh adik-beradiknya sendiri kerana berebutkan harta dan kuasa.

Nama ibu
Sekurai Mayang (juga dikenali sebagai Semanjar Matahari Dayang Kererang Bintang Dani)

Saudara-mara
1) Sang Gima 
2) Senteba 
3) Sentebai 
4) Ribai /pengkhianat 
5) Sabit Bekait /pengkhianat

Sepupu
1) Sempurai anak Sentebai
2) Sempungga anak Senteba
3) Laja anak Sang Gima

Isteri
Kumang, Si Dewi Kecantikan (berasal dari Wilayah Gelong Batu)

Barang-barang sakti milik Keling yang diperoleh dalam pengembaraan di dalam hutan
1) Seketul berlian
2) Azimat milik raksasa bernama Gerasi
3) Tangkal peperangan pemberian lelaki tua

Penasihat Keling
Bujang Tua (Jimmy Donald menggelar Bujang Tua sebagai Old Bachelor dalam bukunya). Bujang Tua berasal dari sisa Jemuring Gading yang disimpan di dalam tempayan pengebumian.

Pembantu Keling
Nenek Dukun yang bernama Sindon. Sindon yang telah menghidupkan sisa Jemuring Gading menjadi Apai Tua dengan kuasa jampi yang dilakukan selama 7 tahun, 7 bulan, 7 minggu dan 7 hari. Berkat bantuan Sindon, Keling mendapat guru Apai Tua yang banyak mengajarnya ilmu menanam padi, menjerat burung, menangkap ikan dan memburu kepala.

Pesaing
Gelayan (lelaki yang menyukai Kumang dan tercabar dengan kehebatan Keling)

Musuh Keling: Sabit Bekait


Untuk kronologi kisah pengembaraan Keling, aku akan kopek di dalam entri yang akan datang.

@themagi2016

No comments:

Post a Comment