Thursday 7 April 2016

Penjenayah Terkenal

Selamat pagi buta untuk semua. Alang-alang kuota internet masih ada, masa untuk kemaskini blog dengan entri ke-5. Lepas ni bolehlah aku berehat dan tunggu bulan Mei. Entri kali ini berkenaan dengan penjenayah terkenal. Biasanya kita dengar orang berjaya, perekacipta atau golongan yang memberi inspirasi diabadikan di dalam sejarah. Tapi penjenayah juga tak dapat dipisahkan dari sejarah dunia. Mungkin kewujudan mereka ini satu peringatan kepada kita bahawa di sebalik sisi cerah dunia sebenarnya banyak sisi kegelapan.

Dalam entri ini, aku senaraikan penjenayah yang memang diketahui ramai.

Bonnie & Clyde- digelar sebagai penjenayah kelas dunia sekitar tahun 30-an, Bonnie dan Clyde merupakan perompak bersenjata yang merompak lebih 15 buah bank, premis perniagaan serta membunuh 13 orang mangsa termasuk 9 pegawai polis. Selain merompak dan membunuh, pasangan ini terkenal kerana sentiasa bergerak secara berpasangan dan berkelakuan romantis.
Bonnie & Clyde FBI Wanted poster

Billy the Kid- menjadi penjenayah legenda ketika usianya masih muda, Billy atau nama lainnya, William Bonney bertindak menyertai kumpulan penjenayah bersama rakan-rakan dengan niat mahu membalas dendam di atas kematian majikannya, John Tunstall yang dibunuh oleh pesaing mereka, Lawrence Murphy dan James Dolan. Billy terkenal kerana tembakannya yang tepat dan bijak mempertahankan diri.
Billy the Kid Reward Poster
Al Capone- hidup sebagai ketua gengster Chicago Outfit pada era Prohibition (sekitar 20-an), Al Capone berkuasa selama 7 tahun dan digeruni masyarakat. Pemerintahan bersenjata Al Capone tumbang ketika berusia 33 tahun.
Jesse James- bergerak sebagai gerila Konfederasi di era Perang Sivil, Jesse James menyertai James-Younger gang bersama abangnya, Frank dan merompak kereta api serta bank. Jesse dikatakan tertembak seorang kerani dan berasa bersalah di atas tindakannya lalu membuat pengakuan di hadapan editor Kansas City Times. Editor tersebut membantu Jesse dan mengubah kehidupannya tetapi kemudian Jesse mati ditembak di depan rumahnya sendiri oleh rakannya sendiri, Robert Ford.
Jesse James reward poster

James Earl Ray- disabit kesalahan kerana membunuh Martin Luther King Jr., James Earl Ray merupakan seorang penjenayah kecil-kecilan. James dikatakan merangka rancangan membunuh Martin dan menembak tokoh tersebut pada tahun 1968. Dihukum penjara 99 tahun, James meninggal dunia pada tahun 1998 di Nashville ketika berusia 70 tahun. Tetapi sebelum meninggal dunia, James mendakwa dirinya dipergunakan dan diperangkap oleh kumpulan penentang Martin untuk kes tersebut.

Lee Harvey Oswald- bertindak menembak Presiden JF Kennedy pada tahun 1963, Lee Harvey ditangkap dan disabit kesalahan sebagai pembunuh dan penembak tepat yang terlibat dalam rancangan pembunuhan tersebut . Lee Harvey merupakan bekas anggota US Marine dan menyatakan dia tidak bersalah dalam kes JF Kennedy. Apabila Lee dipindahkan ke penjara, dia telah diserang dan dibunuh oleh pemilik kelab malam, Jack Ruby menerusi rakaman kamera.
Image result for Lee Harvey Oswald

John Wilkes Booth- sebagai seorang pelakon teater, John didakwa membunuh Presiden Abraham Lincoln pada tahun 1865 di Ford's Theatre. Dikatakan John pernah cuba menculik Lincoln pada Mac 1865 tetapi tidak berjaya. Selepas berjaya membunuh Lincoln, John telah lari ke Virginia bersama rakannya. Apabila jejak mereka berjaya dikesan, rakan John menyerah diri kecuali John. John akhirnya  ditembak oleh polis Union dan rakan subahatnya mati di tali gantung.

Robin Hood- akhir sekali, penjenayah legenda yang tak pasti sama ada wujud atau tidak. Kisah Robin Hood dipercayai bermula di England melalui lagu rakyat dan puisi. Hood dikenali sehingga kini kerana kehandalannya memanah serta merompak orang kaya dengan niat mahu menolong orang miskin.


@themagi2016
Ruj: Listverse | Sinarharian | Blacksheepancestor | wikipedia | 

Wednesday 6 April 2016

Pemikiran dari dia ' Si Binatang Jalang'

Salam Rabu untuk pengunjung blog. Entri ke-4 di bulan 4, hari ini aku nak buat review sikit pasal buku yang aku beli bulan 2. Sebetulnya aku nak review buku tu untuk bulan Mac tapi memandangkan bulan Mac aku dah buat senarai entri yang lain, jadi aku bawa entri ni ke bulan 4. Tak kisahlah, yang penting aku dapat ngobrol dalam blog.

Aku nak cakap apa sebenarnya?

Daripada rumah terbitan Dubook Indo, aku telah membawa pulang dia 'si binatang jalang' bersama pemikirannya sekali.

Judul: Aku ini Binatang Jalang
Penulis: Chairil Anwar
Kategori: kumpulan puisi
Penerbitan: Dubook Indo
Tahun: Julai 2015
Harga: RM25

Aspek Luaran

Aku tak komen banyak pasal fizikal buku. Warna kulit buku dilihat misteri, sesuai dengan ciri-ciri Chairil Anwar yang suka berkarya tentang kematian dan kegelapan. Chairil juga mati muda, seolah-olah dia tahu dia tak hidup lama. Jadi, penggunaan warna aksara merah dan hitam, kulit buku kelabu dan lakaran muka Chairil di tengah-tengah memberi makna yang sesuai untuk menarik perhatian aku sebagai pembeli dan pembaca.

Kedua, tulang buku kukuh. Jenis paperback yang tebal kulitnya. Warna kertas bersesuaian dengan mata dan pembacaan. Terdapat footnote pada sajak-sajak. Sajak juga disusun dengan baik, gap antara tulisan juga tak mengundang gangguan sekalipun font kecil. 

Secara keseluruhan, buku ini mempunyai tarikan fizikal dan apa yang penting ialah- harga berpatutan. Tak ada alasan untuk kita jadi kedekut masa nak beli buku. 

Aspek Dalaman

Keindahan di sebalik kata-kata 'mati' :Bagi pembaca/penulis/pengkarya atau penggemar sastera, kita pasti dapat faham kebanyakan karya Chairil bersifat kematian. Sesuatu yang gelap, bagi sesetengah orang karya Chairil terlalu esentrik dan bersifat individual. Tapi disebabkan sifat individual dan esentrik itulah yang menggambarkan perincian yang menarik, seolah-olah meluahkan keindahan di sebalik kata-kata mati yakni, kematian tidak begitu jahat dan tidak wajar dipandang serong.

Kerumitan makna: Aku tak nafikan, karya Chairil mempunyai makna yang sangat mendalam. Sesetengah karyanya sukar untuk dihadam dan ada sesetengah ayat pula mempunyai ciri-ciri tersirat. Pembaca muda atau yang belum biasa dengan penggayaan bahasa puisi dijangka akan berdepan dengan kekeliruan.

Isi tambahan yang puitis: Apa yang menarik tentang buku ini ialah surat karangan Chairil kepada sahabatnya. Walaupun sekadar surat, penggunaan ayat surat tersebut sangat puitis dan boleh dilihat sebagai sajak- walaupun Chairil ada menyebut dalam suratnya "masih beberapa tingkat percobaan musti dilalui dulu, baru terhasilnya sajak-sajak sebenarnya."

Frasa-frasa yang memberi inspirasi: Buku ini mengandungi banyak frasa inspirasi, perincian dari Chairil yang telah menarik perhatian penulis luar untuk mengkaji dan menerbitkan semula karyanya dalam bahasa yang berbeza. Semasa membaca, aku tertarik dengan beberapa frasa sebab ada kaitan dengan aku seperti:

  • hidup hanya menunda kekalahan- Derai-derai Cemara
  • Tuhanku, dalam termangu aku masih menyebut namaMu- Doa
  • Sedang dengan cermin aku enggan berbagi- Penerimaan
  • Aku mahu hidup seribu tahun lagi- Semangat; Aku
  • Bukan kematian benar menusuk kalbu, keridlaaanmu menerima segala tiba- Nisan
  • Bukan maksudku mau berbagi nasib, nasib adalah kesunyian masing-masing- Pemberian Tahu
Jelas sekali, buku ini penuh dengan misteri yang berinspirasi. Bagi orang yang terlalu mengejar dunia, aku sarankan supaya beli dan baca buku ini. Mudah-mudahan kita semua mendapat ilmu yang berguna.

@themagi2016

Tuesday 5 April 2016

Hobi: Kumpul Figurine II

Salam Selasa, semua! Oh, indah songgoh hari ini. Dan aku rasa makin gumbira sebab koleksi mainan aku bertambah (walaupun umur aku bertambah setahun lagi hari ini...but well, peduli apa aku~). Memandangkan aku gumbira sambil menaip, aku nak kongsikan koleksi mini figura baru aku. Walaupun tak banyak, koleksi kecik ni memberi motivasi pada aku iaitu- "Hidup ini riang, jangan bazirkan masa dengan berduka."

Okey, mari teruskan :)

Snowtrooper x Fighter Pilot
Ini dia, Lego Star Wars. Aku pernah beli Lego Star Wars sebelum
ni tapi yang ni ada banyak ciri2 Star Wars. Walaupun tak ori, tapi
produk Wisdom Park ni bagus dan harga pun okey.

Rukia Kuchiki x Renji Abarai
Setelah puas mencari figura Bleach, akhirnya aku dapat
Rukia dan Renji. Belum ada kesempatan nak beli Ichigo.
Produk ni dari Bandai tapi harganya taklah semahal yang aku
fikir sebelum ni.

C3PO x Fighter Pilot II
Ada lagi, koleksi Star Wars mini aku by Wisdom Park (C3PO)
dan Fighter Pilot tu aku beli jenama lain, aku tak ingat. Tapi harga
lebih kurang dan yang pasti, yang ini bukan Lego ori...hahaha~

Horse Spring
Finally, kuda Troy aku yang comel. Kena kunci spring, barulah
kudaku lari gagah berani. Kalau tak silap, produk ni
dari China, tapi kotak tu tulis tulisan Jepun. Confuse aku. Lepas
ni aku rasa aku nak beli Thomas si kereta api. Kenapa
Chuggington tak ada? Aku lagi prefer Chuggington sebenarnya.


Emm, setakat ni je entri aku. Kalau ada pertambahan, aku buat entri baru.
Happy 5th April untuk semua yang celebrate birthday hari ni :)


@themagi2016

Friday 1 April 2016

Figura Kenderaan Mini V

Hai, pengunjung. Aku kembali untuk entri ke-2 bulan 4. Hmm...kali ini aku nak paparkan pertambahan koleksi Volkswagen aku dan aku rasa aku dah makin obses dengan jenama ini. Kalau aku jumpa model VW yang lain (tak kisahlah jenis Beetle ke, transporter ke, samba ke...yang penting klasik), aku takkan hesitate nak beli.

Kepada pengusaha figura kereta, tolonglah hasilkan lebih banyak model VW klasik~

VW Beetle matte style dari Unifortune RMZ City. Harga RM17.50.
Kualiti sangat baik. Aku puas hati.

VW Beetle metallic style. Harga RM16.50 by Unifortune RMZ City.
Aku suka warna kereta ni, sangat adorable.

VW T1 Transporter. Harga RM16.50 by Unifortune RMZ City.
Sebelum ni aku ada beli VW Bull 1960 Transporter by Cararama.
Aku rasa aku dah mula suka jenis transporter ni. Aku tengah
bercita-cita nak cari WV Bus samba 1959 sekarang ni...huu~

VW Beetle Police Car by Unifortune RMZ City. Harga RM16.50.
Aku dah banyak kumpul VW yang tipikal, sekali-sekala nak juga
VW beetle dalam version yang lain. Sebelum ni aku ada beli
VW race team allstar. Sekarang aku ada VW police car.


Bagi Kuchingites, kalau korang tahu port beli kereta mainan harga berpatutan di Kuching, cepat inform aku, okey?

@themagi2016

Favourite Insta Art

Happy 1st April! Akhirnya, bulan 4 yang penuh bunga pun tiba dan I'm back-back-back~ Setelah sekian lama aku bertafakur di dalam bilik dan siapkan manuskrip (aku berjaya siapkan...huhuu, terharu), sekarang tiba masanya untuk membuat entri pertama di bulan April yang indah (ya...indah sebab ada 4 hari lagi sebelum hari jadi aku). So, untuk memulakan keindahan di bulan April, aku buat entri pasal Insta Art. Sebagai insta-artist, aku banyak buat art dalam Instagram (boleh refer kat kotak Insta tepi sebelah kanan blog). Tapi ada beberapa artwork baru yang aku suka dan aku rasa aku nak share dalam blog.

Okey, masa untuk share apa yang aku suka :)

BLEED & SICK
Benda yang bersifat 'internal' adalah indah~

ECCENTRICA
Akhirnya, tahap creepy berjaya dimaksimumkan.

HEART ON DOODLE
Disebabkan aku suka doodle, aku abadikan dalam 'jantung' aku

LOLLIPOP'S ALIVE
Aku suka makan lollipop. Bayangkan kalau lollipop tu pecah 
dan keluar kepala manusia?

MISS PAPPER BAGG
Ditujukan untuk perempuan yang tak malu. Sila masukkan
kepala anda di dalam beg kertas dan jangan tunjuk perangai
buruk anda.

ODD NOODLE
Aku melukis mee yang 'sempurna', masa aku tengah makan mee cup
Mamee...miahaha~

PAPER CRACKING
"Aku sangat memuja mukamu yang sinis, Saitama", 
akhirnya terabadi dalam doodle~

UNDER MY UMBRELLA
Mari kita nyanyi lagu Rihanna bersama-sama :)

WEAR OFF TEAR OFF
Untuk mereka yang tak puas dengan diri sendiri.
Mari koyakkan muka sendiri.

WEIRD RIDING HOOD
Aku rasa, Red Riding Hood perlu mengalami transformasi yang misteri 
agar tidak dibuli oleh Serigala alaf baru.


Untuk artwork yang lain, boleh jenguk dalam Instagram aku @hshield. 
@themagi2016