Monday 3 August 2015

Pokok yang disebut dalam Al Quran

Salam Ogos. Tak sempat nak wish Hari Bandaraya Kuching hari Sabtu lepas. Entri terakhir bulan Julai berkenaan dengan kaum dalam Al Quran. Aku jadi berminat pulak dengan pokok-pokok yang disebut dalam Al Quran jadi aku buat entri ini. Umumnya, orang selalu tulis tentang tumbuhan yang disebut dalam Al Quran (pokok bidara, kurma, zaitun, tin, anggur, kekacang, kapur, siwak, timun, labu air dan juga tumbuhan herba seperti kunyit, halia dan selasih). Tapi, tak ramai yang bercerita tentang kewujudan pokok-pokok hebat di syurga, di neraka, di dunia dan di alam ghaib. Rasa hairan? Aku pun hairan.

Harap-harap, maklumat yang aku kongsikan ini memberi manfaat untuk pembaca lain. Amin~

Image result for pokok rendang
Contoh sahaja
credits: live.carnine9.net
1. Pokok Tuba

Pokok Tuba ialah sejenis pokok yang tumbuh di syurga. Pokok Tuba merupakan pokok yang tumbuh rendang, besar, tinggi dan luas. Terdapat beberapa hadis dan riwayat yang menyebut keindahan pokok tuba iaitu:

Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebatang pokok yang dipanggil tuba. Allah berfirman kepadanya: "Keluarlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian. (Riwayat Ibnu Abid Dunya)

Ibnu Hibban meriwayatkan hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pokok yang sangat rendang. Rendangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."

2. Pokok Zaqqum

Gambaran pokok Zaqqum
credits: wikipedia
Pokok Zaqqum ialah sejenis pokok berduri yang tumbuh di neraka. Pokok Zaqqum bukanlah pokok untuk berteduh, sebaliknya pokok yang dilaknat oleh Allah SWT. Buah-buahan pokok ini menjadi makanan penghuni neraka dan buahnya menyerupai kepala syaitan. Rasanya umpama nanah kekuningan dan besi cair, atau lebih teruk lagi. Hadis berkenaan dengan pokok Zaqqum ada menyebut:

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Kalau setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia nescaya ia akan merosakkan penghidupan penduduk muka bumi, maka betapa halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi menjadi makanannya" (Hadis riwayat At-Tirmizi r.a)

Allah SWT juga berfirman di dalam beberapa surah seperti surah Ad-Dukhan, Al-Israa dan Ash-Shaffat berkenaan dengan pokok zaqqum iaitu:

"Dan demikianlah juga Kami jadikan pokok yang dilaknat di dalam Al Quran dan kami menakut-nakutkan mereka dengan pelbagai amaran tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besarkan derhaka kederhakaan mereka dengan kekufuran yang melampau" (Al Israa ayat 60)

"Ingatlah sesungguhnya pokok zaqqum buahnya menjadi makanan bagi orang yang berdosa dalam neraka, makanan ini pula panas seperti tembaga cair, mendidih di dalam perut seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya" (Ad-Dukhan ayat 43-46)

"Sesungguh dia adalah sebatang pokok zaqqum yang keluar dari dasar perut Jahim yang marak menjulang."  (Ash Shaffat ayat 64)

3. Pokok Khuldi

Pokok Khuldi ialah pokok larangan di syurga, buahnya bernama buah khuldi dan buahnya tidak boleh dipetik atau dimakan. Surah Ibrahim ayat 26 menyifatkan pokok khuldi ialah pokok kejahatan yang pantang diminta tunjuk ajarnya. Surat Al-A'raf ayat 22 menyebut bahawa Iblis menghasut dan memperdaya Nabi Adam dan Hawa agar memakan buah khuldi dan akhirnya menyebabkan mereka terusir dari syurga.

Kitab tafsiran Kristian juga ada menyebut perihal Iblis yang menyamar menjadi ular telah menghasut Hawa supaya mengajak Nabi Adam memakan buah itu bersama-sama. Tindakan mereka membuatkan Tuhan telah mengutuk mereka dan mereka diusir keluar ke muka bumi (Kejadian Bab 2)

Buah ini dilihat sebagai misteri oleh para pentafsir dan ulama. Sarjana dari Barat menyatakan buah khuldi ialah buah epal manakala pendapat lain menyebut bahawa buah khuldi itu buah anggur, buah tin, dan juga buah kurma. Sedangkan Ibnu Abbas dan rakan-rakannya meriwayatkan bahawa orang Yahudi menduga bahawa buah khuldi itu pokok gandum. Hanya Allah SWT saja yang tahu sifat sebenar buah larangan ini.


4. Pokok Gharqad

pokok gharqad a
credits: shafiqolbu.wordpress
Pokok Gharqad ialah sejenis rimbunan anak-anak pokok berduri yang dipercayai akan melindungi kaum Yahudi apabila digempur tentera Islam pada kemuncak akhir zaman kelak. Pada masa itu, kaum Yahudi akan lari menyelamatkan diri dan menyembunyikan diri di bawah pokok ini kerana pokok ini akan berdiam diri dan dan tidak akan memberitahu jika orang Yahudi bersembunyi di belakangnya. Terdapat hadis sahih dari At-Tirmizi yang menyebut:

"Tidak akan berlaku qiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-bata dan pokok. (Ketika itu) batu dan pokok akan bersuara: "Wahai muslim! Wahai hamba Allah! Di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya." Kecuali pokok Gharqad (diam tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi."

Pokok Gharqad kini giat ditanam di Palestin dan diedar ke Amerika Syarikat oleh tentera Zionis atas alasan kempen bumi hijau. Pokok ini juga dijadikan hadiah ulang tahun, Bar Mitzvah, perkahwinan, hari lahir, hadiah tetamu dan sebagainya bagi menyokong usaha dalam melindungi sesama Yahudi apabila tiba kemuncak akhir zaman. Pokok ini juga ditanam dalam acara sukan Olimpik London 2012 dan menjadi benteng tentera Israel di sempadan Israel dan Semenanjung Gaza agar serangan tentera Mujahidin menjadi tidak tepat.

Penanaman pokok Gharqad secara besar-besaran ini jelas menunjukkan bahawa Yahudi sendiri mengakui hakikat akhir zaman, hakikat kebenaran Al Quran dan Hadis milik Islam, sekaligus menunjukkan keegoan mereka. (Penanaman ini juga dilihat satu tindakan yang kurang bijak kerana pokok-pokok lain bercakap benar sedangkan hanya satu jenis pokok yang berdiam diri, sudah pastinya pokok itu berbohong. Juga, untuk apa Yahudi beria-ria menanam pokok ini padahal Islam sudah lama tahu akan kewujudan pokok Gharqad?)


@themagi2015
ruj: shafiqolbu.wordpress | mymasjid.net | utusan.com | wikipedia |makintau.com

No comments:

Post a Comment