Wednesday 27 May 2015

Pelangi: Legenda dan Mitos Seluruh Dunia

Image result for rainbow after rainRingan, sementara dan sukar untuk difahami; pelangi adalah kejadian alam yang indah dan misteri. Ia diselubungi oleh misteri, kepercayaan, tradisi, sains, legenda dan mitos. Aku masih ingat, masa dulu-dulu, aku tak dibenarkan menuding jari ke arah pelangi sebab takut naga yang berkubang di hujung pelangi naik marah. Kalau naga marah, jari aku akan kena makan. Ataupun, puteri 7 beradik yang bersiram dengan gayung emas di hujung pelangi tak suka orang tuding jari ke arah mereka jadi mereka akan kudungkan jari orang itu. Well, kata orang tua-tua~

Mungkin ada sesetengah yang fikir, pemikiran orang tua-tua kita ini dirasakan kolot dan tidak dipedulikan, masyarakat dunia yang lain menghargai kisah-kisah legenda dan hikayat berkenaan dengan pelangi sebagai sebahagian daripada tradisi mereka. Pelangi membawa maksud pelbagai, antaranya:
  • dewa dewi kayangan
  • jin atau makhluk halus
  • sifat optimis dan harapan
  • petanda keamanan

Pelangi ialah Jambatan
Di Malaysia, kumpulan Pelangi pernah mendendangkan lagu 'Aku Jambatan Buatmu'. Di kawasan yang lain pula, pelangi sememangnya dilihat sebagai jambatan. Pelangi merupakan simbol lama bagi peralihan atau laluan pada suatu masa dahulu, penghubung antara dua dunia yang berbeza. Antara mitos berkenaan dengan pelangi ialah:
Image result for rainbow izanagi izanami
Izanagi dan Izanami
  • Di Jepun, dewa dewi kembar iaitu Izanagi dan Izanami dikatakan berdiri di Jambatan Terapung yang berhampiran dengan syurga dan mencipta tanah kediaman (bumi) dan penduduk selatan Gabon percaya bahawa manusia datang ke bumi melalui jambatan pelangi.
  • Mitos Norse menyebut Bifrost ialah jambatan pelangi yang menghubungkan Asgard (tanah dewa dewi) dengan Misdgard (bumi).
  • Orang Navajo percaya bahawa jambatan pelangi ialah penghubung manusia ke dunia makhluk halus.
  • Tradisi dukun dari Utara Amerika percaya bahawa pelangi ialah jambatan supernatural yang menuju ke alam kematian.

Selain dari mitos, pelangi benar-benar di'jelma'kan sebagai jambatan melalui pembinaan jambatan buatan manusia.

Image result for rainbow bridge niagara river
Jambatan Pelangi di Niagara River
Image result for rainbow bridge tokyo bay
Jambatan Pelangi di Tokyo Bay

Intepretasi Pelangi sebagai Suci

Pelangi biasanya dilihat sebagai kejadian alam yang suci dan menandakan kehadiran dewa dewi. Menurut kepercayaan orang dulu-dulu, di hujung pelangi ada telaga tempat naga berkubang. Di hujung pelangi itu juga dikatakan puteri 7 beradik dari kayangan akan turun bersiram setiap kali hujan panas. Menurut kepercayaan yang lain:
Image result for rainbow and ishtar
Ishtar dan pelangi
  • Ishtar, dewi cinta Babylonia dikaitkan dengan kemunculan pelangi.
  • Orang Inca percaya bahawa pelangi merupakan mahkota Illapa, dewa guruh dan hujan.
  • Indra, dewa peperangan Hindu dipercayai memanah petir melalui pelangi.
  • Di Kemboja, pelangi dikenali sebagai 'Indra's bow'.
  • Tiermes, dewa guruh Lapps of Scandinavia menggunakan pelangi untuk memanah roh jahat.
Kesucian pelangi tidak terhad kepada kehadiran dewa dewi. Ia membawa pelbagai maksud dari pelbagai perspektif kepercayaan ajaran dan agama. Antaranya ialah:
Image result for rainbow and noah
Noah dan pelangi
  • Tradisi Judeo-Christian percaya pelangi merupakan simbol keamanan dan kasih sayang. Ia digambarkan sebagai janji Tuhan selepas peristiwa bah besar (zaman Noah). Ia juga dikaitkan dengan kemunculan Jesus di atas pelangi pada hari Last Judgement, yang membawa maksud kuasa syurga dan belas kasihan.
  • Di Tibet, pelangi dikaitkan dengan rahmat dari bodhisattvas dari ajaran Tibetan Buddhism.
  • Orang pigmi Afrika Tengah percaya bahawa pelangi ialah instrumen komunikasi antara manusia dengan syurga.
  • Dongeng Hawaii menceritakan, wanita mulia bernama Hoamakeikekula dijejaki menerusi laluan pelangi.
  • Iris, dewa utusan Greek juga dikaitkan dengan pelangi sebagai laluan untuk turun ke bumi.
  • Orang Mayan memberi persembahan emas dan perak untuk Ixchel, dewi perubatan, kesuburan dan pelangi, yang juga mengawal hujan.
Legenda Pelangi

Image result for leprechaun folklore
Leprechaun
Terdapat banyak legenda pelangi di seluruh dunia. Jika di Nusantara, pelangi sering dikaitkan dengan puteri-puteri dari kayangan. Jika legenda pelangi dilihat secara menyeluruh, ia membawa pelbagai kisah yang menarik seperti:
  • Orang Sioux menyatakan bahawa pelangi merupakan stor yang menyimpan bunga-bunga indah di muka bumi.
  • Menurut dongeng Irish, makhluk halus bernama Leprechaun menyembunyikan periuk berisi emas di hujung pelangi.
  • Tradisi Celtic percaya duit syiling ada di hujung pelangi. Duit itu akan kelihatan selepas selesai hujan ribut.
  • Peruvian Purba menyatakan bahawa jika pelangi masuk ke dalam tubuh manusia, ia akan menyebabkan penyakit.
  • Orang asli Senoi di Malaysia percaya, berjalan di bawah pelangi akan menyebabkan demam yang teruk.
  • Orang asli Australia mengaitkan pelangi dengan penyakit kusta.
  • Seperti yang dinyatakan sebelum ini, menuding jari ke arah pelangi dilihat sebagai perbuatan yang tidak beradab. Dongeng Hungarian percaya jari akan layu jika menuding ke arah pelangi. Orang Sumu dari Honduras dan orang Nicaragua pula menghalang anak-anak mereka dari melihat dan menuding jari ke arah pelangi kerana bimbang jika anak-anak mereka terkena penyakit kuning, hilang penglihatan, disambar petir, ataupun ghaib.
Nama panggilan Pelangi

Melalui kepercayaan dan tradisi luar, pelangi dikaitkan dengan jantina. Di Serbia, Albania, Hungary dan Perancis, pelangi dilihat sebagai 'sex change'. Apabila 2 pelangi muncul di langit, sesetengah budaya mengenalinya menerusi kelas jantina. Orang Cina memanggil bahagian cerah pelangi sebagai 'lelaki' dan bahagian gelap pelangi sebagai 'perempuan'. Malah, ia tidak terhad dengan jantina. Terdapat nama panggilan lain untuk pelangi seperti:
  • Pengantin hujan/Pengantin di langit (Utara Afrika Berbers)
  • Suami kepada bulan (orang Yamana dari Tierra del Fuego)
  • 'The rainbow nation' (Orang asli Amerika/ Afrika Selatan)
  • 'New Age' (nama pergerakan di Barat)

@themagi
ruj: The Ultimate Illustrated Guide to DSS, 2007