Friday 31 January 2014

Kuching-Bau-Serikin Trip

Last Saturday (05/01/14), I forgot to keep a record about my trip. I was caught up by laziness. Obviously, I'm Kuchingite so the trip begin at Kuching. Then, we (I mean, my family) went to Serikin (at first) and then we stopped at Bau. Being mesmerized by nature. Do you know how much I missed the spot to grab pictures? I regret that.

So...there is~






Somewhere inside Turn Red Zoo at Bau-Serikin junction, there's a wide space for horses. I came here twice on the same month. Really. Horse's poo were everywhere, so for those who came here, I just love to remind you- watch your step. And, 'kelulut' nest of honey are everywhere. I wish I can get some honey at here, FOC.


[Information: RM4 to get inside the zoo for adults and kids. Below 6 is free.]








Siti Cafe and Catering, the 'must' and 'favourite' place for us to eat at Bau. You know, where you can find a good food and nice taste, I gave my star.  A lot of tourist went here, especially domestic tourists. Sarawak's food can be found easily at here. For me, fried salted 'terubok', 'sayur midin tumis' and 'sambal sotong' is unspeakable...delicious.

Remember Siti Cafe, if you merry-go around Bau.


Yes..yes..yes...I heart this so much in my stomach. This is 'udang galah' we bought at Serikin. One (1) kilo costs RM40. Extra 10 for another and quite a nice price for buyers. With a juicy, bouncy and tasty white volume of 'udang galah' and lots of gravy sauce...can you imagine that? 



I took this, randomly around Bau. This is a kind of wild flower that you can spotted easily, everywhere around Kuching or Bau..maybe other places at Sarawak. Vaguely I didn't know the name, the species, the scientific name so just call this as 'purpulus floweris.'







This is the other wild flower I've found around Bau. It reminds me with the other wild flower I saw at the back of Wisma Bapa Malaysia at the other-other day. It has a similar pattern and size but the colour is different. (This one is orange, the other one was pink.) 

I guess, their 'bloodline' is strong.
[link Wild Flowers]




Stop for a while at Bau-Serikin junction. eating local 'limau' and some 'popia' we bought at Serikin. That day was hot, and black is not a colour. It parts of my skin. Thank God, I lived in this era. So that's not a problem to clean it with software.

Basically, my brother took this pic. I rarely selfie/selca my own face. That's the habit.






Oh this...I was spying over this peacock during my first visit at Turn Red but the peacock was too shy, too lazy or not too proud to spread the tail.

This time, I finally made it. The colours of its tail, although the tail seems a bit coarse and untrimmed, the majestic look is still there. Hopefully, the management can pay a bit to beautify her.

@themagi2014

Thursday 23 January 2014

Seni Threshold


Threshold, salah satu editing option yang menarik minat aku dan aku apply banyak dalam artwork aku terutama sekali dalam artwork potret. Beberapa hari lepas aku bereksperimen terlalu banyak threshold sampai pening. Dalam masa yang boleh dikatakan singkat (within aku siapkan manuskrip), aku dapat siapkan simple threshold artwork yang terdiri dari sample muka former classmate aku. First time aku sketch muka orang sebegini banyak sampai aku tak boleh bayangkan muka sendiri. Dah boleh bukak bisnes dah ni...kekeke~


Aku dah mula terfikir, muka siapa lagi yang akan jadi victim seterusnya. Mana2 gambar yang tak ada caption tu bermaksud...gambar tu senang di-sketch. Sekian.

(klik imej untuk view lebih besar)











Aku tak simpan banyak
sample muka dia ni
jadi susah cket masa sketch






aku banyak amek masa
buat muka dia ni




seriously, aku tak penah
suka sketch muka sendiri.
Jadi la macam ni...
antara sketch yang
susah (pada pendapat
aku)






@themagi2014

Tuesday 21 January 2014

Sejarah Tanah Perkuburan Lama Kristian di Kuching

Dah lama rasanya tak update tentang sejarah Sarawak. Hari ini admin siapkan entri sejarah tanah perkuburan lama Kristian di Kuching. Tak ramai yang tahu kawasan perkuburan ini.

Sejarah>>>


Malaysia: Colonial Kuching (Religious) picture 16
Imej tanah perkuburan Kristian
lama di Kuching
Tanah perkuburan Kristian Kuching wujud pada era Brooke. Menurut rekod dari tahun 1845 hingga 1858, semua pengebumian orang Kristian dilakukan di situ dan melibatkan orang Eropah. Pada 1889, tanah perkuburan baru dibuka bagi menggantikan tanah perkuburan lama.

Menerusi rekod diosis, 27 orang Eropah dan 161 orang Asia (termasuk penduduk tempatan) telah dikebumikan di situ dan jumlah pengebumian sebanyak 188. Daripada 188 buah batu nisan yang terpacak di tanah perkuburan tersebut, hanya 32 saja yang masih utuh. 4 daripadanya diperbuat daripada kayu belian dan selebihnya diperbuat daripada batu.

Daripada 32 batu nisan yang ada di situ, hanya 8 buah inskripsi batu nisan yang boleh dibaca dengan jelas.

Lokasi>>>

Menerusi catatan WJ Chater, penulis dari England, kedudukan tanah perkuburan itu dapat dilihat dari sebelah Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur selepas pembukaan tempat letak kereta di bahagian Jalan Bishopgate. Menerusi maklumat Great Mirror, tanah perkuburan itu dapat dilihat dari belakang sebuah sekolah (sekolah Sekolah Kebangsaan St. Thomas). Berdasarkan gambar di atas, struktur bangunan Muzium Sarawak dapat dilihat dengan jelas. Memandangkan pola kedudukan Kuching sudah banyak berubah maka kedudukan tanah perkuburan ini juga dilihat dari jarak dan perspektif yang berbeza. Kedudukan tanah perkuburan dapat dilihat menerusi Google Map.

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Inskripsi Batu Nisan>>>

Di tanah perkuburan Kristian, terdapat beberapa inskripsi yang boleh dibaca dan ada di antaranya mempunyai kepentingan dari segi sejarah. Antaranya ialah Charles Adair Crymble, William Brereton, Henry Skelton, Alan Lee, Henry Steele, Charles James Fox, tiga bayi lelaki Biskop McDougall, Puan Mesney dan juga ketua skuner Julia. 

1. Charles Adair Crymble (1862)

Malaysia: Colonial Kuching (Religious) picture 14
batu nisan Crymble
Kubur Crymble antara kubur yang dijaga dengan rapi. Beliau merupakan anak Eropah yang bekerja di Sarawak pada era pemerintahan Rajah I dan memulakan perkhidmatannya pada tahun 1851. Beliau menyelia kawasan benteng yang berdiri di tepi sungai Sarawak (kemudian menjadi lokasi Fort Margherita yang dibina pada era Rajah II) sehinggalah benteng itu terbakar dalam Pemberontakan 1857 di mana James Brooke terjun ke sungai Sarawak bagi menyelamatkan dirinya. Crymble juga bendahari Sarawak dari tahun 1856 hingga kematiannya pada tahun 1862.

Beliau sering digambarkan sebagai orang liar dan kerani rendah yang bermasalah. Walaupun beliau dilihat dengan persepsi sedemikian, Rajah I menyanjungi beliau kerana keberaniannya mempertahankan benteng ketika Pemberontakan 1857 sehingga tinggal seorang diri dan mengalami kecederaan yang teruk. Di atas jasa dan keberanian Crymble, Rajah I meletakkan kata-kata kenangan pada batu nisan Crymble yang berbunyi:

"erected by the Rajah as a memorial of his public services, private worth, and tried fidelity." (Batu nisan ini telah diletakkan oleh Rajah sebagai tanda ingatan perkhidmatan awam, nilai peribadi dan bukti kesetiaannya."

2. William Wilson Brereton (1854) dan Alan Lee (1853)

Malaysia: Colonial Kuching (Religious) picture 15
batu nisan
William Brereton
Brereton merupakan anak Eropah yang berkhidmat di Sarawak bersama rakan karibnya, Alan Lee. Kematian Lee dikatakan berpunca dari kesilapan Brereton. Pada 1849, Skrang menjadi rebutan antara golongan Dayak dan tentera Eropah. Kehadiran kubu baru di Skrang menyebabkan Rentap berang dan berniat untuk menyerang. Brereton yang mengawasi kubu tersebut meminta bantuan Lee dan rakan-rakan Dayak Lingga. Apabila Lee mengatakan mungkin ada perangkap di sebalik selekoh, Brereton yang sedang mabuk menuduh Lee seorang pengecut. Akibat kata-kata Brereton, Lee mara ke dalam perangkap dan akhirnya mati dipenggal oleh menantu Rentap. 

Kematian Lee menyebabkan Brereton menyalahkan dirinya sendiri dan Brereton meninggal dunia setahun kemudian akibat disentri. Kedua-dua sahabat ini disemadikan sebelah menyebelah, berdekatan dengan kubur bayi lelaki Biskop McDougall.

Terdapat percanggahan mengenai kematian Lee samada kepala Lee disimpan oleh orang Dayak ataupun kepala itu sebenarnya milik orang Eropah yang bekerja dalam kapal Dido. Apa-apapun kepala itu dikatakan berada di Pulau Kerto, Sibu dalam keadaan reput kerana tidak dijaga pada era penjajahan Jepun.

3. Henry Skelton (1873)

Malaysia: Colonial Kuching (Religious) picture 12
baru nisan Skelton
yang retak
Skelton merupakan pegawai Eropah yang berkhidmat di Sarawak pada tahun 1866. Skelton pernah menyertai pertempuran di Sibu pada tahun 1870, menentang ketua Dayak Kanowit iaitu Lintong. Skelton dibantu oleh Brooke Low dan kerap kali diingatkan mengenai bahaya dan amaran serangan tetapi Skelton tidak peduli. Apabila serangan benar-benar berlaku, Skelton berang kerana serangan itu berlaku ketika beliau sedang sarapan pagi.

Walau bagaimanapun, tempoh Skelton tinggal di Kuching agak singkat. Malah tempoh perkhidmatannya sebagai Residen ke-2 Sri Aman juga pendek kerana selepas dua bulan berkhidmat, beliau meninggal dunia. Meninggal dunia ketika berusia 30 tahun, kematian Skelton dikatakan "dynamic and intermittent fever" (dinamik dan demam tidak menentu).


4. Bayi lelaki Biskop McDougall (1848, 1849, 1851)

Pasangan McDougall
Credits: cwfoodtravel
Biskop McDougall, biskop pertama di Kuching kehilangan tiga orang anak lelakinya secara berturut-turut. Yang pertama, Edward berusia sehari sebelum meninggal dunia. Edward merupakan bayi pertama yang dikuburkan di tanah perkuburan itu. Kemudian, Thomas meninggal dunia ketika berusia enam hari pada tahun 1849 dan Robert yang berusia sehari pada September 1851. Ketiga-tiga anak lelaki McDougall berkongsi kubur yang sama dan menjadi antara kubur yang tertua di situ. 

Mereka bertiga meninggal dunia atas masalah yang sama iaitu masalah kegagalan jantung.

5. Charles James Fox dan Henry Steele (1859)

Fox merupakan pelatih doktrin Kristianiti dan pembaptisan di Kolej Bishop di Calcutta dan dihantar ke Sarawak pada 1851. Fox menjadi pengajar di sebuah sekolah kecil (kini menjadi sekolah St. Thomas) dan juga pengajar enam orang pelajar Dayak di Padungan.

contoh baptismal font
(credits: common
wikimedia)
Kemudian, Fox menyertai  khidmat tentera atas pujukan pembantu peribadi James Brooke iaitu Sir Spencer St.John, walaupun Biskop McDougall tidak bersetuju dengan keputusannya. Fox berkhidmat di Kanowit selama beberapa tempoh bersama rakannya, Henry Steele sehinggalah mereka berdua dibunuh oleh dua orang lelaki yang mereka percayai pada 25 Jun 1859.

6. Puan Mesney (1884)
Puan Mesney merupakan isteri Penolong Uskup Mesney. Kuburnya dapat dilihat apabila masuk ke dalam tanah perkuburan. Pihak gereja besar menghadiahkan baptismal font yang istimewa pada Puan Mesney sebagai tanda memperingati beliau. 



Malaysia: Colonial Kuching (Religious) picture 13
batu nisan Master
Miers
7. Ketua Skuner Julia (1846)

Tidak banyak maklumat mengenai ketua Skuner Julia ini tetapi batu nisan ketua skuner ini sebahagian dari penghuni tanah perkuburan tersebut. Menerusi maklumat dari laman sesawang maritim di United Kingdom, ketua Skuner Julia dikenali sebagai Master George Miers. Beliau meninggal dunia pada 30 Jun 1846 ketika berusia 38 tahun dan sebab kematian Master Miers tidak diketahui. 

Harriette McDougall juga mencatatkan skuner Julia menerusi surat-surat dari Sarawak yang telah dikumpul dan disusun dalam Projek Guternberg.



Saturday 18 January 2014

Saturday's Walk: Wild Flowers

Today, yupp...I spend some of my beloved hours walking around Kuching, into some bushes and grasses. Have nothing to do since my manuscript was completed yesterday *hooray! So I decided to get out and stop being a 'caveman' in my own room. Surprisingly, I've found something beautiful to share. Hope you like it.

The wild-yet-purity flower
The wild-and-attractive yellow flower
The wild-yet-sweet pink flower
The wild-and-bold yellow flower
The wild-and-young rosy flower
Oh...this one, the wild-and-artistic caveman flower (-.-)
p/s: wild flowers are awesome <3
@themagi2014

Wednesday 15 January 2014

The Writer's File: Ekspresi Sajak

Sajak. Dah lama rasanya tak bersastera sejak masuk tahun baru ni. Tiba-tiba teringin nak buat entri sajak selepas terbaca status Jais Sahok di laman sosial. Makanya, aku pun coret-coret la sedikit ayat memandangkan aku memang suka sajak (tapi aku tak pernah bersajak depan orang). Tak banyak yang terhasil sebab aku tengah siapkan manuskrip 80,000+ jadi inilah hasilnya.

MATA

Kedipkanlah mata,
Titiskanlah air mata itu,
Agar pandanganmu jelas,
Kau tidak jatuh,
Dari mata itu kau melihat,
Apa yang wajar,
Dari mata itu kau merasa,
Apa yang selesa,
Dari mata itu kau sedari,
Apa yang seharusnya,
Maka bukalah mindamu,
Agar kau tahu,
Nilai sepasang mata.

(nota kaki: Dapat idea masa sakit mata)

NEWTON

Orang yang menarik akan datang kepadaku,
Seperti ditarik dengan tali,
Atau tertarik oleh graviti,
Mungkin kerana daya penarik;

Bukankah tarikan itu termasuk dalam hukum Newton?

(nota kaki: Sajak ni tak ada penamat. Bunyinya pun pelik... -.-)

HARI TSUYU

Hujan ini bagaikan permata,
Aku percaya pada Dia,
Mungkin kesabaran ini harga yang mahal,
Untuk membayar setiap perkara,

Hari ini aku menadah tangan padaNya,
Pada hujan yang indah memutikkan kisah,
Pada hari ini aku bercerita,
Kepada hujan yang menyejukkan hariku.

(nota kaki: Tsuyu bermaksud hujan dalam bahasa Jepun atau Xiayu dalam bahasa Mandarin.)

MUSIM KEHIDUPAN

Senyuman itu membawa bunga-bungaan, 
Berkembang di antara hati dan jiwa,
Mata yang redup memenangkan hati seperti musim panas,
Menyembur kegirangan tanpa ragu-ragu,
Setelah dedaunan perang rontok,
Ia gugur ke bumi bersama impian yang tidak mati,
Kedinginan mahu kembali,
Bersama dua tapak tangan dan air mata,
Ini bukannya kematian atau pertumpahan darah,

Ini cuma ucapan selamat tinggal

(nota kaki: sajak ini untuk manuskrip novel fiksyen aku yang tak habis-habis ditulis sampai sekarang...pening)

MAGIS

Jika magis yang kau cari, ia ada di matamu,
Ia menelus seperti lensa kamera,
Jauh-jauh sedalam-dalamnya,
Lalu terus ke otakmu,
Yang penuh dengan istilah sains yang gila-gila,
Membuatkan lidahmu terbelit,
Tapi kau masih bisa berbicara,
Kadang-kadang menusuk setajam pedang,
Selembut sutera atau seindah bahasa,
Sehingga terbitnya suaramu yang bernada,
Tercipta dari kotak suara yang tiada visual,
Lebih merdu dari kotak muzik,
Lantas mengusik telinga yang menangkap bunyi-bunyian,
Kau nikmati penuh rasa sehingga jatuh ke hati,
Di mana hati itu membawa dua maksud,
Ia menyuci dan berdegup untukmu,
Sealiran dengan darah yang segar pekat,
Seperti sungai-sungai maha di dunia,
Lama-lama ia terjun ke bawah tapak kaki,
Menjadi titik kesimbangan untuk seluruhnya,
Mencipta magis daripada merangkak sehingga berdiri,
Dan akhirnya kau rasai di manakah magis,
Apa yang kau cari ada pada dirimu.

(nota kaki: Dapat idea dari komik Magis Manis Coklat karya Mizuho Rino)

BURUJ

Duduklah sebentar sahabat,
Jika kau sudi kau pejamkanlah mata,
Duduk di dalam kegelapan,
Di sudut dinding dan bertenang,
Rasai detik minit yang berdenting-denting
dari nadimu,
Pabila kau membuka kelopak matamu,
Gelap akan menerangkan pandangan,
Titik-titik merah yang halus akan tiba,
Berhayun dan bergelora di setiap jelinganmu,
Lalu berkumpul dan berirama,
Mengajak kau untuk bertanya,
Itukah buruj?
Padahal kau tahu itu helah mata,
Imaginasimu pun bertambah besar.

(nota kaki: Sebenarnya titik merah tu memang muncul bila kita duduk dan melihat dalam gelap. Cuba la kalau tak percaya ^^)

@themagi2014

Tuesday 14 January 2014

Keperibadian Rasul: Mukjizat Nabi SAW



                                                                                                                                                                                                                                                                                                             
Nabi Muhammad SAW terkenal sebagai penutup segala nabi dan mempunyai kelebihan yang banyak sebagai Nabi akhir zaman. Sebagaimana Nabi Musa a.s diberi mukjizat membelah laut, Nabi Sulaiman a.s diberi mukjizat mengawal kerajaan haiwan dan jin, Nabi Yusuf a.s diberi kebolehan mentafsir mimpi ataupun Nabi Isa a.s diberi kebolehan menyembuh dan menghidupkan orang mati dengan izin Allah SWT, Nabi Muhammad diberi kebolehan yang sangat banyak yang tidak akan habis semasa hayatnya dan tidak akan habis putus sesudah wafatnya sampailah ke akhir zaman. Nabi SAW diberi kelebihan lebih banyak memandang baginda nabi dan Rasul yang diutuskan untuk menyebarkan Islam ke seluruh dunia, bukannya untuk sesetengah kaum dan setiap penduduk dunia menempuh keadaan yang berlainan (seperti demografi, bahasa, pemikiran, budaya)


Mukjizat Aqwal dan Af'al.

Mukjizat terbahagi kepada dua iaitu Aqwal dan Af'al. Nabi SAW memiliki kedua-duanya dengan banyak. Mukjizat Aqwal itu memberi makna perkataan dan Af'al pula memberi makna perbuatan. Antara contoh mukjizat Aqwal ialah:

1. Tentang meluasnya kerajaan Kaum Muslimin.

Diriwayatkan oleh Thauban r.a, berkata Rasulullah SAW pernah bersabda; "Sesungguhnya Allah telah menghimpunkan bumi untukku lalu aku melihat arah timurnya dan arah baratnya; dan sesungguhnya ummatku akan meluas sampai kerajaannya menurut apa saja yang telah dihimpunkan kepadaku daripadanya" (Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Pada zaman itu, Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa umatnya akan bertambah dan meluas ke seluruh dunia dan terbukti dari catatan sejarah bagaimana Islam tersebar ke seluruh tanah Arab, menular ke India, ke China, ke Nusantara malah memasuki negara-negara Barat serta negara Timur yang lain. Diyakini setiap negara kini mempunyai masjid untuk penduduk Islam.

2. Tentang Akan Adanya Beberapa Puluh Orang Nabi Palsu, di antaranya terdiri dari 4 orang perempuan.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda; "Akan ada di kalangan ummatku para pendusta serta pembohong 27 orang, di antara mereka itu 4 orang perempuan." (Ahmad)

Pada masa kini ramai yang mendakwa diri mereka nabi terakhir dan menyebar ajaran sesat. Ternyata Nabi Muhammad sudah mengetahui perkara tersebut terlebih dahulu.

3. Tentang Akan Terjadinya Ummat Islam Mengikut Jejak Kaum Yahudi dan Nasrani.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; "Sesungguhnya kamu akan mengikuti jejak langkah orang yang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhabb (sejenis biawak), tentu kamu memasukinya juga." Baginda ditanya orang; "Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani?" Baginda bersabda; "Maka siapa lagi?" (Bukhari dan Muslim)

Sekarang kita sendiri sudah melihat bagaimana Yahudi dan Nasrani memanipulasi orang Islam menerusi fesyen, muzik, trend malah gaya hidup.

4. Tentang Akan Adanya Golongan di antara Ummat Muhammad yang baik perkataannya tetapi buruk perbuatannya.

Diriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda; "Akan ada di kalangan ummatku perselisihan dan perpecahan, iaitu suatu golongan yang mengelokkan perkataan dan memburukkan perbuatan..." (Abu Daud dan Al-Hakim)

Pada masa kini, kita melihat ummat Islam berpecah, bertelingkah dan berselisih di tanah Arab. Ramai yang pandai berbicara tetapi bodoh dalam beramal dan juga perbuatan-perbuatan berkaitan dengan manusia akhir zaman.

5. Tentang Akan Adanya Banyak Jumlah Kaum Muslimin Tetapi dalam keadaan seperti buih di atas air bah.

Diriwayatkan Nabi SAW bersabda bahawa bangsa-bangsa lain akan mengerumuni orang Islam seperti mengerumun suatu hidangan yang ada di pinggan. Apabila salah seorang bertanya adakah orang Islam terlalu sikit jumlahnya? Baginda bersabda bahawa orang Islam pada hri itu banyak jumlahnya tetapi seumpama buih yang ada di atas air bah, musuh-musuh menjadi tidak takut dan hati-hati orang Islam dipenuhi oleh 'Al Wahan'. Setelah ditanya oleh salah seorang makna 'Al Wahan', baginda menjawab; "Cinta keduniaan dan benci kematian." (Abu Daud dan Baihaqi)

Jelas sekali kita melihat betapa ramai orang Islam yang di dunia tetapi hanya segelintir yang berani menentang penganiayaan terhadap saudara-saudara mereka, sebagai contoh, di Palestin. Jika semua ummat bersatu Palestin pasti bebas dari ancaman musuh. Kuantiti akhirnya tidak setimpal dengan kualiti dan berlakunya penguasaan terhadap Muslimin tetapi orang Muslimin tidak berdaya melawan kerana sikap pemimpin dan orang Islam yang leka dan terlalu tamak dengan dunia.

6. Tentang Akan Berlakunya Fitnah, di antaranya golongan yang menjual agama dengan dunia.

Menurut riwayat Nabi SAW bersabda; "Akan berlaku di hadapan hari kiamat pelbagai fitnah seperti sekeping malam hari yang gelap gelita pada hari itu seorang lelaki pada pagi hari beriman dan pada petang hari menjadi kufur; dan pada petang hari beriman dan pada pagi hari menjadi kufur; beberapa kaum akan menjual agamanya dengan benda dari dunia."  (Tirmizi)

Apa yang kita boleh kaitkan dan lihat pada masa sekarang ialah permainan dunia yang sanggup menjual agama asalkan diri dipandang tinggi, martabatnya dijulang dan dipercayai ramai. Golongan manusia seperti itu sanggup berbuat apa saja demi kesenangan diri dan tidak kisah jika perlu berpura-pura arif tentang agama jika cara itu dapat mengaburi mata orang ramai.

7. Tentang Akan Sikitnya Jumlah Kaum Muslimin yang menegakkan pimpinan Al-Quran dan Sunnah Rasul.

Diriwayat bahawa Nabi SAW pernah bersabda; "Sesungguh Islam itu pada mulanya dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing pula sebagaimana pada mulanya, maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing." Nabi ditanya oleh sahabat; "Apakah orang-orang asing itu?" Baginda bersabda; "Mereka yang menghidupkan sunnahku yang telah dimatikan oleh manusia." (Muslim dan Ibnu Majah)

Pada masa kini, ramai yang tidak mengetahu tentang sunnah Nabi kerana terlalu terikut-ikut dengan cara hidup agama lain. Pengamal sunnah menjadi sedikit dan terasing, tetapi golongan itulah yang diberkati dan bahagia.