Thursday 23 May 2013

MyHealth: Alami Masalah Kesuburan?

Kesuburan adalah topik utama bagi manusia. Tumbuhan hijau pun mesti subur kalau tak macam mana nak tuai hasil tanaman. Isu kesuburan ini sebenarnya untuk kedua-dua jantina, sama ada yang bujang ataupun yang sudah berkahwin. Lelaki yang menjalani hidup kurang sihat (makan main hentam, rokok tak pencen atau senam 5 minit selang 6 bulan) sebaiknya concern akan masalah ini sekiranya nak sihat. Tapi untuk sekarang, just nak diskas pasal kesuburan secara umum dan memberi maklumat bagi mereka yang memerlukan.

Masalah kesuburan.


Masalah kesuburan ni selalunya ditujukan untuk perempuan. Eh, tak jugak. Kedua-dua pihak (yakni pasangan yang dah kahwin) kenalah give and take. Senang citer, otak mestilah open-minded. Jangan narrow sangat. Jadi biasanya, bila berhadapan dengan masalah camni rawatan tradisional (mengurut) akan menjadi pilihan pertama. Sekiranya belum berjaya, klinik kerajaan dan swasta akan menjadi tempat rujukan kedua. Seterusnya, hospital akan menjadi destinasi untuk mendapatkan rawatan lanjutan mengenai masalah kesuburan. 

Rawatan kesuburan

Terdapat dua jenis rawatan kesuburan di hospital iaitu:

  • Rawatan menyuntik benih ke dalam rahim (IUI)
  • Rawatan persenyawaan benih luar rahim (IVF)
Tetapi menerusi Kongres Antarabangsa ke-10 yang berlangsung di Sarawak pada 2012, beberapa doktor pakar menyatakan bahawa proses IUI menyebabkan telur wanita dibazirkan. Proses tersebut juga boleh menelan kos, masa dan emosi pasangan lebih-lebih lagi jika rawatan menemui kegagalan. Memandangkan faktor usia memainkan peranan dalam kesuburan serta jumlah telur wanita, adalah lebih baik mengambil rawatan IVF.

Rawatan IVF

Rawatan IVF sesuai dilakukan kepada wanita 30 tahun ke atas (35 tahun ke atas adalah yang paling sesuai), sudah lama berkahwin, sudah mengikuti banyak prosedur kesuburan tetapi masih tidak berkesan dan tidak tahu apakah punca ketidaksuburan tersebut. Memandangkan usia 23 tahun adalah kemuncak untuk wanita melahirkan anak, usia sangat berperanan dalam menentukan kesuburan sungguhpun teknologi bersepah di luar sana.

Tetapi menurut Dr. Eeson dari Unit Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Pantai menerusi Kongres Antarabangsa ke-10 menyatakan bahawa adalah lebih baik merujuk segera untuk rawatan kesuburan di hospital walaupun usia perkahwinan baru mencecah setahun kerana tempoh subur seseorang tidak boleh dijangka berdasarkan faktor gaya hidup, usia dan juga pemakanan.


Faktor ketidaksuburan

Seperti yang dah disebut, faktor ketidaksuburan lelaki berpunca dari gaya hidup yang kurang sihat. Rokok adalah salah satu punca sperma mereka menjadi tidak aktif. Berat badan, makanan yang tidak berzat dan lemah tubuh badan akibat kurang bersenam juga menyebabkan aktiviti libido terjejas. Jadi, lelaki digalakkan untuk makan kismis kerana kismis mengandungi arganine yang dapat membantu dalam kesihatan lelaki. Untuk perempuan pula, faktor ketidaksuburan berpunca daripada:
  • masalah hormon atau kawalan kitaran haid
  • kerosakan tiub fallopian
  • pembentukan rahim tidak normal
  • ketumbuhan di rahim (fibroid, polyp)
  • Endometriosis (akibat senggugut)

Ujian Kesuburan

Ujian kesuburan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta (ikut poket korang) dan prosedur ini bermula dengan berjumpa doktor pakar. Kemudian, pemeriksaan peranakan akan dilakukan dengan melakukan scanning rahim dan ovari, ujian benih suami dan x-ray HSG untuk buka saluran benih isteri. Dalam hal ini, pasangan kenalah open-minded dan sporting. Seterusnya, rawatan akan dilanjutkan kepada:

  • vaginal scanning bagi mengesan peranakan
  • kalau ada senggugut, proses rawatan endometriosis akan dilakukan.
  • X-ray Hysterosalpingogram atau HSG (susahnya nama) dilakukan bagi membuka tiub fallopian yang mungkin kuncup atau tersumbat akibat jangkitan kuman, endometriosis dll. Ia dilakukan selepas habis haid. Jika haid 7 hari maka proses ini dilakukan pada hari ke-9 atau ke-10. Satu alat saluran dimasukkan ke dalam rahim dan disuntik dengan ubat cecair khas.
  • Ujian sperma lelaki dilakukan apabila isteri sedang haid. Sperma boleh dikeluarkan di rumah/klinik/hospital.

Ujian Hormon

Ujian hormon ini dilakukan oleh perempuan yang mengalami masalah kitaran haid seperti 3-4 bulan sekali haid dan mempunyai masalah berat badan berlebihan. Ujian darah dilakukan untuk sukat paras hormon FSH, LH, Estradiol, Progesteron, Prolactin dan Thyroxin. Seriously, susah betul nak ingat nama ni. Tapi bagi yang bujang dan mengalami masalah haid tidak teratur adalah disarankan makan ubat tambahan seperti evening primrose, jaga pemakanan dan bersenam.


Kos Ujian Kesuburan

Kos ini bergantung kepada hospital tetapi melalui blog Dr. Hamid Arshat, pakar sakit puan di Kuala Lumpur, kos rawatan adalah seperti berikut:
  • kos perunding pertama RM120
  • kos perunding follow up RM60
  • ujian ultrasound RM60
  • x-ray HSG untuk buka saluran RM190
  • ujian air mani suami RM50
  • Proses IUI RM600-700 (dari blog Mamacutie)

Psikologi dan Tekanan Dalam Rawatan Kesuburan

Rawatan kesuburan ni tak semestinya membuahkan hasil. Dalam 100 orang, mungkin 15-20 orang tak berjaya. Tapi itu tak bermakna pasangan hanya duduk menunggu rezeki zuriat selama bertahun-tahun tanpa berusaha.

Pasangan biasanya berhadapan dengan tekanan emosi apabila rawatan gagal. Si suami adalah golongan yang cepat sekali berputus asa dan kecewa sedangkan si isteri la yang terima segala jenis suntikan, ubat dan rawatan. Akibat dari perkara tersebut si suami akan mengalah lebih cepat dan tidak memberi motivasi terhadap si isteri lalu menyebabkan si isteri berasa kecewa. Perlu diingatkan, setiap usaha memerlukan kesabaran yang tinggi, doa dan usaha yang berterusan. Jika tidak, ia akan menjadi perkara yang sia-sia.

Antara sebab kegagalan pusingan rawatan kesuburan ialah:
  • Seperti yang sudah dibincangkan, faktor usia. Usia sangat berharga bagi wanita yang mahukan zuriat.
  • Mis-diagnosis; hal ini berlaku disebabkan kesilapan doktor yang merawat. Jadi, sila rujuk ke pusat rawatan kesuburan yang diiktiraf, bukannya di klinik-klinik biasa.
  • Rawatan try and error; doktor yang merawat hanya memberi ubat subur clomid kepada pesakit sebagai percubaan tanpa follow-up. Ia sebenarnya satu rawatan yang tidak beretika kerana ubat ini mungkin memberi kesan sampingan, dan menyebabkan kesakitan pada rahim tidak dikawal oleh doktor yang merawat.
*Bagi yang berada di Kuching, mereka boleh merujuk ke HUS Jabatan O&G yang diketuai oleh Dr. Haris N Suharjono. Konsultan yang bertugas ialah Dr. Rajesvaran Doraisamy dan Dr. Wendy Loh. Sebarang pertanyaan boleh dihantar melalui emel kepada HUS


Doa dan Ikhtiar

Manusia hanya mampu berusaha, Tuhanlah yang menentukan keputusan. Setiap manusia haruslah berdoa semoga urusan dipermudahkan. Bagi yang Islam, adalah disarankan supaya membaca doa permudah hamil, doa pembuka rezeki dan sebagainya. Antara doa-doa yang sesuai untuk diamalkan dan ikhtiar lain yang mungkin membantu ialah adalah berikut (sila rujuk pautan):


Semoga setiap ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh pasangan berkahwin di luar sana akan membuahkan hasil dan diberkati. Apa yang penting ialah kesabaran, usaha dan kuruskan badan =)
[#tmg2013]


Rujukan:

9 comments:

  1. hi... sy dah berkahwin genap setahun... namun tiada rezeki zuriat lagi... masalah sy ialah seandainya sy ke HUS bagaimanakah prosedur untuk membuat pemeiksaan kesuburan? dari mula... memandangkan saya dan suami masing2 berumur 22thn adakah kami patut berjumpa doktor atau hanya biarkan sahaja? oh sy menetap di kuching suami bekerja di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepada pn. amira, rawatan ini biasanya bermula dengan khidmat nasihat dari doktor pakar. Puan boleh buat temu janji di hospital kerajaan atau swasta. Prosedur kesuburan akan diteruskan secara berperingkat jika puan menjelaskan faktor2 yang menyebabkan kerisauan puan. Jika kitaran haid puan normal, suami puan juga sihat, mungkin pengambilan nutrisi dan supplement lebih sesuai (e.g: asid folik, kismis, omega 3, vitamin D) memandangkan usia perkahwinan puan baru genap setahun. Jangan bimbang, rezeki zuriat puan pasti akan tiba =)

      Delete
    2. macam gynae pula nasihatnya Shield. Syabas!

      Delete
  2. Salam..saya ngan en hubby dah dekat 4 tahun berkahwin..tapi blom ada rezeki baby.. macam mana nak dpt appointment kat O&G hospital umum sarawak ya ka? Skrg sya kat kuching..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepada Puan Aliya, puan boleh bertanyakan perkara tersebut di kaunter pertanyaan di HUS. Pihak hospital akan merujuk puan ke unit O&G dan puan boleh membuat appointment dengan konsultan. Puan juga boleh menghantar emel di sgh.obs.gynae@gmail.com untuk sebarang pertanyaan tentang rawatan di O&G HUS. Jika puan pernah membuat pemeriksaan kesuburan di klinik kerajaan, puan juga boleh bertanyakan perkara tersebut dengan doktor yang merawat puan. Diharap maklumat ini dapat membantu puan.

      Di sini saya sertakan url website dari blog Puan Nia sebagai rujukan puan dalam pemeriksaan kesuburan. Saya doakan semoga puan berjaya.

      http://mrsniazara.blogspot.com/2012/09/ikhtiar-yang-dilakukan.html

      Delete
  3. Assalam.. boleh saya tahu,HUS ada x membuat rawatan kpd perempuan yg mengalami simptom tiub folopio tersumbat selain dr rawatan ivf diklinik luar yg menelan belanja ribuan ringgit? -xmampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wksalam man, setahu saya rawatan HUS bagi menangani mslh tiub fallopio smmgnya agak mahal. rawatan tersebut ialah pembersihan rahim (HSG), pmbedahan mikro dan IVF. Malah, appointment juga boleh mncecah RM200. melalui sedikit pmbacaan, sy ingin kongsikan alternatif lain utk menolong isteri man.

      1. Cari produk kesihatan yg berunsurkan kesuburan dan makan secara konsisten.
      2. Amalkan bacaan ayat suci (cadangan: Surah Maryam ayat 31 hingga 48, Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89, Surah Ibrahim, ayat 32 hingga 43, Surah Maryam ayat 75 hingga 98, Surah An Nahli ayat 66 hingga 74, Surah An Nisaa’ ayat 127 hingga 140.)
      3. Amalkan vitamin yang sesuai untuk memastikan kelancaran haid


      Sebaiknya jika cara alternatif ini tdk berjaya, man harus merujuk semula kepada pihak hospital bagi memeriksa tahap kerosakan tiub. Sebenarnya ada byk rawatan selain IVF. Apa-apapun, saya doakan mudah-mudahan ikhtiar man berjaya dan diberi petunjuk :)

      Delete
  4. Assalam.. saya n isteri sudah membuat rawatan susulan di HUS,kami dah 6 thn berkahwin n belum dpt cahaya mata,boleh saya tahu,rawatan utk isteri saya di HUS yg mengalami simptom tiub folopio tersumbat selain dr rawatan ivf di klinik luar yg menelan belanja ribuan ringgit?

    ReplyDelete