Sunday 3 February 2013

Warna, Pengaruh dan Makna

Warna merupakan asas kepada simbol visual selain dari rupa bentuk. Ia sering dikaitkan dengan emosi dan cara pemikiran seseorang. Tujuh jenis warna pelangi dikatakan mempunyai kuasa mistik dan dikaitkan dengan cakra di dalam tubuh manusia. Kepelbagaian jenis warna menimbulkan perasaan berbeza, sosial, jantina dan status. Di Barat, warna merah jambu melambangkan perempuan dan warna biru pula melambangkan lelaki. Penggunaan ekspresi perasaan berdasarkan warna seperti "in the pink", "green with envy", "feeling blue", "seeing red" atau "off colour" digunakan untuk menyatakan situasi emosi. Warna banyak mempengaruhi agenda politik, isu persekitaran dan juga perkauman dan ia memberi makna pada setiap konteks.

MERAH
Melambangkan api dan darah, merah dikaitkan dengan kehidupan. Pada zaman Anglo-Saxon, merah dipercayai dapat melindungi mereka dari kejahatan. Selain dari itu, warna merah melambangkan simbol cinta dan kesuburan. Ia memberi makna keghairahan dan erotik di India dan di negara Barat dan mencadangkan bahawa merah memberi makna kepantasan dan tenaga. Merah juga dihubungkan bahaya dan sifat agresif dan dikaitkan dengan kemusnahan dan peperangan.

KUNING
Kuning dikaitkan dengan emas, matahari dan sumber yang memberi tenaga. Di China, kuning menjadi titik untuk alam semesta, dan warna suci untuk maharaja. Bagi orang Islam, kuning melambangkan kebijaksanaan manakala kuning pucat pula membawa maksud pengkhianatan. Di Mesir dan pertengahan Eropah, ia memberi makna cemburu dan juga sifat pengecut.

HIJAU
Hijau ialah warna untuk simbol kebangkitan, kesedaran dan permulaan. Di China dan Jepun, hijau membawa simbol musim bunga. Pada zaman pertengahan Eropah, hijau dikaitkan dnegan kejahatan dan memakai warna hijau bermaksud malang. Bagi orang Islam, hijau melambangkan syurga dan pembersihan jiwa. Ia juga dikaitkan dengan kuasa dalaman.

BIRU
Biru melambangkan keluasan dan infiniti; langit dan lautan. Ia membawa simbol keamanan, kedamaian dan kesucian, menjadi simbol warna untuk Virgin Mary bagi golongan Kristian. Biru dikatakan warna mimpi, renungan, pemahaman diri dan pendapatan. Di sebahagian tanah Arab, menggunakan warna biru boleh menghindarkan diri dari pandangan jahat dan simbol kesetiaan untuk pengantin perempuan bagi kepercayaan Inggeris Lama.

UNGU
Ungu merupakan warna mahal di Barat pada zaman dahulu dan hanya mampu dimiliki oleh orang berada sahaja. Ungu ialah warna diraja dan kependetaan. Ia merupakan warna kegemaran maharaja di Rom dan kerajaan Byzantine. Di China, ungu ialah warna istana maharaja di syurga. Buddha juga mengiktiraf ungu ialah warna suci, namun di Thailand, ia digunakan oleh balu kematian suami.

HITAM
Sebahagian tanah Arab percaya, haiwan berwarna hitam bermaksud malang; seperti anjing hitam, kucing hitam atau ular hitam. Ia dikaitkan dengan kuasa kejahatan dan amalan sihir.  Di Barat, hitam dihubungkan dengan simbol kematian dan kesedihan. Namun, hitam juga dikaitkan dengan simbol kuasa dan kewibawaan. Di Mesir purba, hitam melambangkan kebangkitan semula dan kehidupan baru. Ia merupakan warna bagi prinsip perempuan (yin) bagi orang Cina.

PUTIH
Putih ialah warna untuk cahaya dan dianggap bertuah. Di Afrika, putih ialah warna kematian namun ia juga warna untuk kuasa pemulihan. Di China, putih ialah warna suci, tidak bersalah dan juga bersifat spiritual. Ia merupakan warna biasa bagi pakaian pendeta dan juga pengantin baru.

KELABU
Kelabu dikaitkan dengan usia lanjut. Selain dari usia lanjut, ia dikaitkan dengan sifat kebijaksaan berdasarkan sifat Cronos, dewa masa pada zaman Greco-Roman. Bagi penganut Kabbalah, kelabu memberi simbol kehidupan dan kearifan.

OREN
Warna oren membawa maksud titik keseimbangan antara tenaga dan libido. Ia dikatakan sebagai warna ganjil yang berada antara warna merah dan kuning. Di India, ia merupakan warna kedua bagi cakra manusia yang menonjolkan sifat seksualiti dan emosi. Oren juga merupakan warna kesuburan dan mewah.

Ruj:
The Ultimate DSS (2007:HH)

#TMG2013

No comments:

Post a Comment