Saturday 12 January 2013

Terung Asam Recipe

Terung asam, atau dikenali sebagai terung Dayak, terung Iban atau terung bulu merupakan sayur-sayuran tempatan di Sarawak yang terkenal. Dikelaskan sebagai spesis tumbuh-tumbuhan pokok herba renek dan mempunyai rasa yang masam, terung ini dijadikan perasa tambahan di Thailand dalam masakan dan penyedap rasa bagi masakan Melayu. Walaupun asal-usul tumbuhan ini tidak diketahui, ia tumbuh dengan subur di kawasan India hingga ke Papua New Guinea dan termasuklah kawasan sekitar Asia Tenggara.


Resipi terung asam>>>

Terung asam mempunyai pelbagai jenis resipi (ikut selera sendiri) seperti terung asam ngan ikan tamban salai, masak gulai, masak tumis, campur udang, asam pedas dan macam2 lagi. Tapi ada lagi resipi yang menarik untuk dicuba--terung asam sambal belacan. 



Mula-mula, kasi bakar terung tu sampai kulit luar jadi hitam. Dah tu, kopek kulit tu, bersihkan, buang bijik kat dalam dan potong kecik-kecik. Nak potong panjang-panjang, potong dadu, potong zig zag pun boleh. Asalkan korang happy.

Kemudian, korang goreng belacan ikan bilis dan cili kering ikut suka korang. Nak pedas, letak la cili kering banyak-banyak. Nak mabuk belacan, korang bubuh la banyak belacan. Suka sangat ikan bilis? Korang goreng la ikan bilis satu genggam. Lepas goreng, korang tumbuk bahan-bahan tu sampailah lumat (rujuk gambar sebelah).


Dah selesai semua tu, letakkan isi terung asam yang dah dipotong-potong ke dalam mangkuk yang berisi bahan yang dah ditumbuk lumat. Langkah seterusnya- gaul sampai sebati. Lepas tu, masukkan gula, ikut tahap kemanisan korang.








Inilah hasilnya lepas digaul dan dimasukkan gula. 

Selamat mencuba^^











#TMG2013

No comments:

Post a Comment